MBAPPE (kiri) dianggarkan bernilai RM964 juta. FOTO Reuters
MBAPPE (kiri) dianggarkan bernilai RM964 juta. FOTO Reuters
Reuters

Paris: Penyerang Paris St Germain (PSG), Kylian Mbappe dikategorikan sebagai pemain bola sepak paling bernilai di dunia.

Menurut kumpulan penyelidik Switzerland CIES Football Observatory, selepas Mbappe ia diikuti Vinicius Jr dari Real Madrid dan pemain baru Manchester City, Erling Haaland.

Mbappe, yang menolak tawaran Real dan menandatangani kontrak baru selama tiga tahun dengan PSG bulan lalu, berada dalam senarai teratas di https://www.football-observatory.com/IMG/sites/b5wp/2021/wp384/en dengan anggaran nilai €205.6 juta (RM964 juta) mengetepikan Vinicius, €185.3 (RM869 juta) dan Haaland, €152.6 juta (RM715 juta).

Rakan sepasukan Mbappe di PSG masih memegang rekod perpindahan paling mahal, selepas juara Perancis itu membayar Barcelona €222 (RM1 bilion) untuk mendapatkannya pada 2017.

Turut berada dalam kedudukan lima teratas adalah pemain muda Barca, Pedri, €135.1 juta (RM633 juta) dan pemain tengah, Borussia Dortmund, Jude Bellingham €133.7 (RM627 juta).

The CIES Football Observatory menggunakan penunjuk seperti umur pemain, prestasi, perkembangan kerjaya dan tempoh kontrak untuk mencapai nilai perpindahan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Jun 2022 @ 10:39 PM