SANCHO dikatakan sesuai untuk memantapkan lagi skuad bimbingan Solskjaer. FOTO AFP
SANCHO dikatakan sesuai untuk memantapkan lagi skuad bimbingan Solskjaer. FOTO AFP
Agensi

London: Manchester United lebih berminat untuk mendapatkan Jadon Sancho berbanding Harry Kane menjelang jendela perpindahan pertengahan tahun ini.

Akhbar terkemuka di England melaporkan United tidak mungkin akan membuat tawaran kepada pemain Tottenham itu yang juga ketua pasukan England dengan nilai sekitar £120 juta (RM704 juta).

Dalam artikel yang sama juga menyatakan keputusan Edinson Cavani untuk menyambung tempoh lagi setahun bermakna pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer lebih memerlukan sayap kanan berbanding penyerang baru.

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) sebanyak 20 kali itu mahu mendapatkan Sancho terlebih dulu dan menunggu lagi 12 bulan sebelum membawa masuk seorang lagi pemain Borussia Dortmund, Erling Haaland.

United dijangka perlu membelanjakan sebanyak £90 juta (RM528 juta) untuk membawa Sancho ke Old Trafford pertengahan tahun ini.

Naib juara Liga Europa itu dilaporkan hanya akan membuat satu pembelian saja berikutan impak pandemik Covid-19.

Sancho meledak lapan gol dan melakukan 11 hantaran menghasilkan jaringan dalam 26 perlawanan liga musim ini.

Pemain berusia 21 tahun itu berpindah ke Dortmund dari Manchester City pada 2017 dengan nilai £7 juta (RM41 juta).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Mei 2021 @ 2:36 PM