COHEN (kiri) nadi penting skuad England 1966. FOTO AP
COHEN (kiri) nadi penting skuad England 1966. FOTO AP
Reuters

London: Pertahanan kanan England yang memenangi Piala Dunia 1966, George Cohen meninggal dunia pada usia 83 tahun selepas bekas kelabnya, Fulham mengumumkannya hari ini.

Cohen membuat penampilan sulung antarabangsanya pada 1964 dan seterusnya mewakili negaranya sebanyak 37 kali, memainkan peranan penting dalam satu-satunya kejayaan England menjuarai Piala Dunia apabila mereka menewaskan Jerman Barat 4-2 selepas masa tambahan di Wembley pada perlawanan akhir.

Beliau sebelum ini adalah salah seorang daripada tiga pemain yang masih hidup dalam skuad juara Piala Dunia itu, bersama dengan Bobby Charlton dan Geoff Hurst.

"Sangat sedih mendengar rakan sepasukan saya George Cohen meninggal dunia," kata Hurst di Twitter.

"Semua orang, tanpa ada yang terkecuali, selalu berkata bahawa George adalah seorang yang penyayang

"Beliau akan sangat dirindui, fikiran saya terarah kepada isteri George, Daphne dan keluarganya."

Cohen menghabiskan keseluruhan karier kelabnya dengan hanya satu pasukan, Fulham, apabila membuat 459 penampilan untuk pasukan London barat itu.

"Semua orang di Fulham amat berdukacita apabila mengetahui pemergian salah seorang pemain terhebat kami – dan tuan-tuan – George Cohen MBE," tulis Fulham di akaun Twitter rasmi kelab itu.

Cohen adalah watk penting dalam gaya permainan England pada tahun 1966, dengan tanggungjawab sebagai pemain di bahagian pertahanan serta sering membantu bahagian depan dalam sistem jurulatih Alf Ramsey, dan bermain setiap minit kempen Piala Dunia itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Disember 2022 @ 9:24 PM