Peters meninggal pada usia 76. FOTO fail REUTERS
Peters meninggal pada usia 76. FOTO fail REUTERS
Agensi

PEMENANG Piala Dunia dan legenda West Ham Martin Peters meninggal dunia pada usia 76, umum keluarganya.

Peters yang menyertai West Ham pada usia 15, menghabiskan masa selama 11 tahun bersama kelab itu sehingga menjadi pemain pertama Britain mencatat nilai perpindahan £200,000 (RM1 juta) berhijrah ke Tottenham pada 1970.

Dia menjaringkan gol England pada final Piala Dunia 1966 mengatasi Jerman Barat.

West Ham berkata pemenang Piala Dunia 1966 itu meninggal dunia, semalam selepas bertarung sekian lama dengan penyakit dihidapi.

"Dia adalah pemain kelima pasukan bola sepak terhebat Inggeris yang meninggal dunia selepas Alan Ball, Ray Wilson, Gordon Banks dan rakan Akademi West Ham yang juga kawan rapatnya, Bobby Moore," menurut kelab itu.

Bekas rakan sepasukan England Sir Geoff Hurst berkata ia adalah hari sangat sedih untuk bola sepak dan dirinya secara peribadi.

"Martin Peters salah seorang pemain handalan sepanjang masa dan rakan kolej selama lebih 50 tahun," kata Hurst.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Disember 2019 @ 3:03 PM