MUNGKINKAH Maria dan Haaland akan bertemu jodoh suatu hari nanti?
MUNGKINKAH Maria dan Haaland akan bertemu jodoh suatu hari nanti?
Agensi

London: Penyokong Manchester City menggesa anak perempuan Pep Guardiola berkahwin dengan Erling Haaland selepas gadis jelita itu menarik perhatian mereka menerusi foto terbaru di Instagram.

Maria Guardiola, 21, menayangkan beberapa fotonya untuk tatapan 413,000 pengikut di media sosial kelmarin.

Maria yang sudah biasa dengan kamera bergambar dengan pelbagai gaya menarik di London.

Walaupun dia diberi kasih sayang oleh ayahnya, namun Maria mungkin mendapat 'persaingan' selepas Haaland, 22, kini menjadi pemain paling berharga menerusi prestasi cemerlang di atas padang selepas menjaringkan 20 gol musim ini, termasuk 15 gol di Liga Perdana.

Seorang penyokong City berharap kedua-duanya bertemu jodoh dengan komennya: "Marry Erling Haaland, jadi kita akan mendapat bayi Haaland yang genius."

Seorang lagi berkata dengan nada berseloroh: "Cantik seperti bapanya."

Yang lain turut memuji kecantikan Maria yang kini tinggal di London selepas menghabiskan musim panas di Barcelona.

Dia baru sahaja memulakan kariernya sebagai peragawati bulan lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Oktober 2022 @ 9:39 PM