GOMEZ ikat kontrak empat tahun. FOTO Agensi
GOMEZ ikat kontrak empat tahun. FOTO Agensi
AFP

London: Manchester City hari ini mengesahkan perjanjian bagi mendapatkan pertahanan kiri Sepanyol, Sergio Gomez dari Anderlecht dengan kontrak empat tahun dengan yuran dilaporkan £11 juta (RM59.29 juta).

Pemain antarabangsa B-21 itu menjadi pemain keempat ditandatangani juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas ketibaan Erling Haaland, Kalvin Phillips dan Stefan Ortega Moreno.

"City pasukan terbaik di England dan dengan kendalian Pep Guardiola, saya berpeluang belajar dan berkembang di bawah salah seorang pengurus terbaik dunia," kata pemain berusia 21 tahun itu yang sebelum ini pernah menganggotai skuad belia Barcelona.

"Menjadi sebahagian daripada anggota kelab ini seperti mimpi menjadi nyata kepada saya dan sesuatu yang menjadi inspirasi kepada pemain muda."

Pengarah Bola Sepak City, Txiki Begiristain berkata Gomez adalah pemain muda berbakat besar.

"Kami yakin dia akan membawa kualiti tambahan dalam skuad ini di bahagian pertahanan dan atas, jadi dia akan terus berkembang dan maju di bawah Guardiola dan jurulatih lain," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Ogos 2022 @ 9:53 PM