HAALAND mengalami kecederaan ketika aksi menentang Dortmund. FOTO Reuters
HAALAND mengalami kecederaan ketika aksi menentang Dortmund. FOTO Reuters
AFP

Dortmund: Pengurus Manchester City berkata, beliau tidak pasti sama ada penyerang bintang, Erling Haaland bakal terlepas atau tidak aksi hujung minggu ini menentang Leicester.

Pemain antarabangsa Norway itu dikeluarkan selepas mengalami kecederaan ketika menentang Borrusia Dortmund dalam aksi Liga Juara-Juara pagi tadi.

Haaland mengalami kecederaan ketika City terikat tanpa jaringan menentang Dortmund di tempat lawan dan dia dikeluarkan selepas bersambung babak kedua.

Guardiola berkata, mereka akan melihat keadaan Haaland selepas ditanya mengenai tahap kecergasan pemain itu.

"Hari ini kami sangat letih. Erling Haaland mengalami kecederaan namun dia boleh berlari seperti biasa. Kita akan lihat bagaimana keadaannya selepas ini," kata Guardiola.

Ketiadaan Haaland, menyaksikan Riyad Mahrez tampil untuk mengambil sepakan penalti di separuh masa kedua namun rembatannya diselamatkan penjaga gol, Gregor Kobel untuk membantu Dortmund mara ke pusingan kalah mati.

City, yang mara ke pusingan 16 akhir sebagai juara Kumpulan G, akan berkunjung ke Leicester bagi aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu ini.

Haaland menjaringkan 17 gol dalam 11 perlawanan liga buat City musim ini sejak menyertai dari Dortmund pada pertengahan tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Oktober 2022 @ 8:14 AM