MESSI ketika diperkenalkan kepada penyokong PSG di Paris. FOTO AFP
MESSI ketika diperkenalkan kepada penyokong PSG di Paris. FOTO AFP
Agensi

London: Lionel Messi masih lagi menduduki tangga teratas senarai pemain bergaji paling mahal di dunia walaupun mendapat separuh daripada pendapatan sebelum ini apabila berpindah ke Paris Saint-Germain.

Gaji seminggu legenda Barcelona itu berkurangan daripada £2.1 juta (RM12.28j) kepada £1 juta (RM5.58j) berbanding £900,000 (RM5.26j) yang diterima Cristiano Ronaldo di Juventus.

Pemenang enam kali Ballon d'Or itu menyertai PSG dengan kontrak dua tahun bernilai £54j (RM315.86j) semusim, merosot daripada £108j (RM631.78j) yang diperolehi di Nou Camp.

Ronaldo, 36, pula yang bersaing sengit dengan Messi sekian lama meraih £46.7j (RM273j) setahun.

Senarai yang dikeluarkan media Perancis, L'Equipe menunjukkan Messi mengatasi gaji penyerang PSG yang juga bekas rakan sepasukannya di Barca, Neymar yang menerima £31 juta (RM181.34j) setahun dengan gaji mingguan £606,000 (RM3.54j).

Bintang Atletico Madrid dari Uruguay, Luis Suarez terikat dengan pemain Barca dari Perancis, Antoine Griezmann di tangga keempat dengan masing-masing menerima £29.9 juta (RM174.91j) setahun.

PSG pantas mendapatkan Messi minggu lalu selepas Barca mengumumkan pengunduran bintang mereka selepas 20 tahun bersama kelab gergasi La Liga itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Ogos 2021 @ 6:10 PM