Wenger tidak mahu Ozil sertai United. FOTO REUTERS
Wenger tidak mahu Ozil sertai United. FOTO REUTERS
AS

PEMAIN Arsenal, Mesut Ozil meminta gaji sebanyak 370,000 euro seminggu (RM1.8 juta) sekiranya Barcelona mahu mendapatkan khidmatnya.

Ia bermakna gaji pemain sayap Jerman itu berada sekitar 19 juta euro (RM93 juta) setahun sebelum cukai jika menyertai kelab Catalan itu.

Angka itu juga membuatkan Barca terpaksa bekerja keras berikutan bajet kurang seimbang selepas memperbaharui kontrak Lionel Messi yang menggunakan 84 peratus perancangan pembayaran gaji pemain.

Kelab itu hanya dapat memenuhi permintaan Ozil sekiranya Arda Turan berhijrah pada jendela perpindahan Januari depan.

Turan adalah pemain keenam berpendapatan paling tinggi bersama skuad itu dan Barca hanya akan dapat membawa pemain Arsenal itu ke Nou Camp jika tidak lagi membayar gaji Turan.

Pada masa sama, pengurus The Gunners, Arsene Wenger turut bimbang jika Ozil menyertai Manchester United secara perpindahan percuma.

Arsene hanya akan membenarkan pemain Jerman itu berhijrah dengan syarat dia (Ozil) tidak menyertai skuad kendalian Jose Mourinho secara percuma pada jendela perpindahan musim panas depan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 November 2017 @ 7:54 PM