Messi menggesa Mbappe cari kelab terbaik. -FOTO AFP
Messi menggesa Mbappe cari kelab terbaik. -FOTO AFP
Agensi

Paris: Pemenang Ballon d'Or tujuh kali, Lionel Messi menggesa Kylian Mbappe meninggalkan PSG dan juga memilih destinasi pilihannya.

Kylian Mbappe kini dikritik peminat PSG, selepas memilih untuk tidak melanjutkan kontrak selama 12 bulan.

Pemain Perancis itu baru-baru ini mendedahkan bahawa dia akan kekal di Paris musim depan dan akan meninggalkan kelab itu selepas kontraknya tamat.

Kontraknya akan tamat 2024 dengan pilihan untuk setahun lagi yang perlu ditandatangani pada 31 Julai.

Mbappe kini sedang dikaitkan dengan Real Madrid dan PSG tidak mahu dia pergi sebagai ejen bebas.

Real Madrid menawarkannya €180 juta (RM920.59 juta) pada 2021 tetapi PSG menandatanganinya dengan perjanjian baharu.

Lionel Messi juga baru-baru ini meninggalkan PSG sebagai ejen bebas dan keluar tanpa syarat di mana peminat mengejeknya dalam perlawanan terakhir Ligue 1.

Messi memilih menandatangani kontrak bersama MLS Inter Miami dan menurut media Sepanyol, Messi menggesa Mbappe meninggalkan PSG dan memintanya menyertai Barcelona atau Real Madrid.

"Saya lebih suka anda pergi ke Barca. Tetapi jika anda mahu pergi ke Madrid, lakukannya, anda layak mendapat kejayaan dan kemenangan sebenar," kata Messi.

Mbappe dilihat sebagai pengganti kepada Karim Benzema dalam mengukuhkan Real selepas Benzema meninggalkan pasukan La Liga itu untuk menyertai kelab di Arab Saudi, Al Ittihad.

Apabila ditanya tentang masa depan PSGnya, Mbappe berkata, "Saya sudah menjawab soalan itu. Saya berkata objektif saya adalah untuk terus bersama kelab. Tinggal di Paris Saint-Germain adalah satu-satunya pilihan saya, buat masa ini."

"Surat itu sudah dihantar sebelum ini. Saya tidak fikir surat boleh membunuh seseorang atau saya menyinggung perasaan sesiapa.

"Apa yang saya lakukan hanyalah menghantar surat. Anda tidak boleh mengawal reaksi orang, tetapi ia tidak. Tidak menyusahkan saya," tambahnya lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Jun 2023 @ 12:17 PM