RUDIGER akui Real mempunyai naluri pembunuh lebih tajam. FOTO AFP
RUDIGER akui Real mempunyai naluri pembunuh lebih tajam. FOTO AFP
Reuters

Berlin: Jerman boleh belajar daripada pemenang Liga Juara-Juara Eropah yang baru dinobatkan, Real Madrid bagaimana untuk mempunyai naluri pemusnah dan memenangi perlawanan, kata pertahanan Antonio Rudiger.

Rudiger memenangi Liga Juara-Juara Eropah bersama Real minggu lalu, selepas kemenangan 2-0 ke atas Borussia Dortmund, yang mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol, terutamanya pada separuh masa pertama.

Ia juga kemenangan Piala Eropah ke-15 Real, yang kini tidak tewas dalam perlawanan akhir selama lebih 40 tahun.

"(Jerman dan Real), adalah dua pasang kasut yang berbeza," kata Rudiger pada sidang akhbar di pangkalan pasukan kebangsaan di Herzogenaurach.

"Di sini kami mempunyai sistem yang sangat baik sesuai dengan permainan kami tetapi apa yang boleh bawa bersama dari Madrid ialah naluri pembunuh itu.

"Perlawanan terakhir kami menentang Ukraine adalah sangat bagus. Sudah lama saya tidak melihat kami mencatat keputusan 0-0 tetapi perkara yang hilang ialah gol dan itulah yang boleh kami pelajari daripada Madrid."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Jun 2024 @ 9:51 PM