SZE Fei-Izzuddin berdepan ujian getir di pusingan kedua esok. FOTO ASWADI ALIAS
SZE Fei-Izzuddin berdepan ujian getir di pusingan kedua esok. FOTO ASWADI ALIAS
Amirul Fazli Zulkafli


Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani hanya memerlukan 24 minit sahaja untuk mengesahkan tempat ke pusingan kedua Terbuka Indonesia esok.

Beregu lelaki negara dilihat tidak berdepan sebarang masalah untuk mencatat kemenangan begitu selasa straight set ke atas wakil dari Kanada, Dong Adam-Nyl Yakura 21-6, 21-7 di pusingan pertama hari ini.

Di pusingan kedua esok, mereka akan bertemu wakil tuan rumah, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin yang layak selepas mengalahkan rakan senegara dan pilihan ketujuh kejohanan, Fajar Alfian- Muhammad Rian Ardianto 21-14, 21-17.

Sementara itu, beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing turut mara ke pusingan kedua selepas menewaskan pasangan Algeria, Koceila Mammeri-Tanina Violette Mammeri 21-9, 21-15.

Mereka akan bertemu beregu Denmark, Mathias Christiansen- Alexandra Boje yang mara selepas menang ke atas wakil Jepun, Yuta Watanabe- Arisa Higashino 18-21, 21-11 namun set penentuan tidak dapat diteruskan kerana lawan mereka mengalami kecederaan.

Hasrat satu lagi beregu campuran negara, Yap Roy King-Valeree Siow untuk meneruskan perjuangan ke pusingan seterusnya tidak kesampaian apabila tewas kepada beregu China, Jiang Zheng Bang-Wei Ya Xin 21-19, 13-21, 18-21.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Jun 2024 @ 11:18 PM