JASMINE puas dapat menumbangkan Elena. FOTO Reuters
JASMINE puas dapat menumbangkan Elena. FOTO Reuters
Reuters

Paris: Pemain Itali, Jasmine Paolini melakar kejutan selepas menumpaskan pilihan keempat, Elena Rybakina 6-2 4-6 6-4 dan mara ke separuh akhir Terbuka Perancis buat kali pertama.

Pemain pilihan ke-12 itu akan berdepan sama ada pemain nombor dua dunia dari Belarus, Aryna Sabalenka atau Mirra Andreeva, 17 tahun dari Rusia, yang bertemu pada satu lagi aksi suku akhir di Court Philippe Chatrier.

Beraksi pada suku akhir Grand Slam pertamanya, Jasmine yang berusia 28 tahun bermula dengan yakin dengan memenangi dua permainan pembukaan dan memaksa lawannya bekerja keras untuk menahan servis, sebelum mematahkan lagi servis lawan ketika dalam perjalanan memenangi set pertama .

Pukulan kilas yang hebat membolehkan Jasmine sekali lagi mematahkan servis lawan pada permainan ketiga di set seterusnya tetapi Elena, juara Wimbledon 2022 bertindak balas dengan perlahan-lahan mengimbangi perlawanan dan menyerap serangan.

Elena pemain Kazakhstan kelahiran Rusia, saling mematah servis dengan Jasmine namun dia yang berusia berusia 24 tahun bertahan memenangi set berkenaan untuk mengikat kedudukan mengheret ke saingan penentuan.

Jasmine bangkit kembali untuk menjadikan kedudukan set ketiga 4-4 pada satu ketika dan bermain pada tahap yang ditunjukkannya pada awal perlawanan.

Dia mengambil kesempatan daripada kesilapan Elena untuk memuktamadkan aksi dengan kemenangan sensasi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Jun 2024 @ 11:04 PM