BARISAN pemain Brazil meraikan kejayaan menewaskan Colombia. FOTO AFP
BARISAN pemain Brazil meraikan kejayaan menewaskan Colombia. FOTO AFP
Agensi

Rio de Janeiro: Terdapat 166 kes Covid-19 di kejohanan Copa America di Brazil, kata CONMEBOL.

Jumlah itu termasuk mereka yang sudah menjalani ujian pada Isnin lalu, hari sama badan induk itu mengumumkan 140 orang positif wabak berkenaan berpunca daripada kejohanan benua itu.

CONMEBOL berkata, 22,856 orang yang berkaitan dengan Copa America sudah menjalani ujian dengan 0.7 peratus daripadanya didapati positif Covid-19.

Pada minggu ini, jumlah mereka yang positif wabak itu meningkat kepada 0.9 peratus.

CONMEBOL bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Brazil untuk mengenalpasti kes Covid-19. Lebih 510,000 sudah maut akibat jangkitan Covid-19 di Brazil.

Kenyataan itu turut menyatakan kebanyakan kes positif adalah berpunca daripada pekerja luar yang belum menerima suntikan vaksin.

CONMEBOL berkata, badan induk itu tidak mempunyai kuasa mengenai mengapa kumpulan individu berkenaan masih belum menerima suntikan vaksin.

Sejak bermulanya kejohanan itu, 17 pemain didapati positif dan 15 daripada mereka kembali beraksi bersama skuad kebangsaan masing-masing selepas melalui prosedur kuarantin, kata CONMEBOL.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Jun 2021 @ 10:39 AM