INSIDEN awal sebelum Messi (kanan) dan Medel kedua-duanya dilayangkan kad merah. — FOTO AFP
INSIDEN awal sebelum Messi (kanan) dan Medel kedua-duanya dilayangkan kad merah. — FOTO AFP
AFP

LIONEL Messi lantang menyatakan “rasuah dan pengadilan” pada Copa America selepas dia dibuang padang ketika Argentina menamatkan kempen di tangga ketiga dengan menundukkan Chile 2-1 di Sao Paulo, awal pagi tadi.

Dalam perlawanan sengit dan tegang itu, pemenang Ballon d’Or lima kali Messi dan kapten Chile, Gary Medel diarahkan keluar padang lapan minit sebelum rehat selepas bertembung di garisan gol.

Ulang tayang televisyen mengenai insiden itu membuktikan Messi tidak membuat sebarang kesalahan.

“Korupsi dan pengadil menghalang orang ramai daripada menikmati bola sepak dan mereka merosakkannya,” jelas bintang ternama itu.

MESSI (dua kiri) dibentes Medel (tiga kanan) pada aksi penentuan tempat ketiga Copa America. — FOTO AFP
MESSI (dua kiri) dibentes Medel (tiga kanan) pada aksi penentuan tempat ketiga Copa America. — FOTO AFP

Messi marah dengan tahap pengadilan sejak Argentina tewas 0-2 di tangan Brazil pada separuh akhir, mendakwa tuan rumah diberi layanan istimewa oleh badan induk bola sepak Amerika Selatan, CONMEBOL.

“Medel memang selalu bertindak sebegitu, tapi ia bukannya kad merah buat kami. Beliau (pengadil) patut merujuk kepada VAR,” kata Messi.

VAR menjadi isu utama kekalahan Argentina kepada Brazil ketika Messi dan rakan sepasukannya dua kali berasakan mereka dinafikan sepakan penalti, namun pengadil dari Ecuador, Roddy Zambrano bukan saja tidak melayan rayuan mereka malah enggan merujuk kepada bantuan video.

“Brazil tuan rumah dan mereka mengetuai CONMEBOL akhir-akhir ini, yang mana ia menyukarkan orang lain,” kata Messi sambil mengkritik pengadil.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Julai 2019 @ 11:38 AM