RAYUAN Jara (kiri) diterima CONMEBOL.
RAYUAN Jara (kiri) diterima CONMEBOL.

Santiago: Penggantungan tiga perlawanan terhadap pertahanan Chile, Gonzalo Jara kerana salah laku dalam insiden membabitkan penyerang Uruguay, Edinson Cavani dikurangkan kepada dua selepas rayuan, umum pengerusi jawatankuasa disiplin semalam.

Jara digantung Ahad lalu berikutan insiden pada perlawanan tegang suku akhir Copa America minggu lalu yang mana dia jelas mencucuk jari tangannya ke belakang badan Cavani sejurus sebelum penyerang itu dibuang padang kerana bertindak balas.

Persekutuan Bolasepak Chile, pada awalnya menyatakan menerima keputusan itu, merayu penggantungan itu dan dikurangkan kepada dua perlawanan, menurut badan induk bola sepak Amerika Selatan, CONMEBOL.

“Selepas mengkaji rayuan persekutuan Chile, CONMEBOL memutuskan untuk mengurangkan penggantungan pertahanan Chile, Gonzalo Jara kepada dua perlawanan,” ujar badan induk itu.

CONMEBOL turut mengurangkan denda AS$7,500 (RM28,300) dikenakan ke atas Jara kepada AS$5,000 (RM18,800).

Penggantungan itu bermakna Jara tidak boleh beraksi pada separuh akhir dan final. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Julai 2015 @ 7:48 AM