TITE mengarahkan sesuatu kepada pemain Brazil, Gabriel Barbosa (kanan) ketika bertemu Colombia. FOTO AFP
TITE mengarahkan sesuatu kepada pemain Brazil, Gabriel Barbosa (kanan) ketika bertemu Colombia. FOTO AFP
Agensi

Rio De Janeiro: Konfederasi Bolasepak Amerika Selatan (CONMEBOL) mendenda jurulatih Brazil, Tite AS$5,000 (RM20,780) kerana mengkritik penganjur Copa America.

Hukuman itu hadir kurang seminggu selepas pemain Bolivia turut dihukum kerana 'menyerang' kejohanan itu yang berlangsung di sebalik peningkatan Covid-19 di rantau itu selepas penganjur asal, Argentina menarik diri.

Tite pada sidang media 12 Jun lalu berkata penganjuran Copa America beralih ke negaranya dengan 'cara membingungkan'.

CONMEBOL mengumumkan Brazil selaku tuan rumah kurang dua minggu sebelum bermulanya kejohanan itu.

Konfederasi Bolasepak Brazil tidak boleh mengemukakan rayuan berhubung keputusan hukuman ke atas Tite, kata CONMEBOL.

Eduardo Gross Brown, Presiden Suruhanjaya Tatatertib CONMEBOL menambah, Tite bakal dikenakan hukuman lagi jika dia terus mengkritik penganjur.

Tite mengkritik organisasi itu Khamis lalu selepas Brazil mencatat kemenangan 2-1 ke atas Colombia di Rio de Janeiro.

"Saya tidak akan mengatakan padang ini menakutkan, tapi ia sangat teruk untuk bermain bola sepak, ia memberi kesan terhadap semuanya. Apa yang mahukan tidak berlaku," katanya.

"Masa untuk melakukan ini (Copa America) terlalu pendek. Ia tidak boleh diterima apabila pemain dua pasukan bertaraf dunia, yang bermain di padang hebat dekat Eropah, datang ke sini dan bermain di padang seperti ini."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Jun 2021 @ 1:23 PM