KEADAAN stadium yang dipenuhi ribuan penonton. FOTO Agensi
KEADAAN stadium yang dipenuhi ribuan penonton. FOTO Agensi
AFP

Budapest: Antoine Griezmann memberi alasan memalukan ketika Perancis mencatatkan keputusan seri menentang Hungary.

Perancis memulakan kempen dengan cemerlang di Euro 2020 menentang Jerman awal minggu lalu dan mereka dijangka melebarkan kedudukan itu semalam.

Biarpun Hungary beraksi di tempat sendiri juara Piala Dunia itu dianggap pasukan pilihan menentang pasukan kerdil dalam Kumpulan F.

Malangnya apa yang mereka jangkakan tidak berhasil ketika Attila Fiola meletakkan pasukan pasukan tuan rumah di depan pada waktu kecederaan separuh masa pertama sebelum 60,000 penonton bertindak liar.

Griezmann memberikan satu mata untuk pasukan Didier Deschamps pada babak kedua namun keputusan itu sebenarnya dianggap gagal buat pasukan yang dianggap pilihan untuk kejohanan itu, sebelum penyerang Barcelona memberi alasan yang memalukan di atas kegagalan pasukannya itu.

"Kami tidak dapat nak menyesuaikan diri dengan keadaan, kami sudah terbiasa beraksi dalam stadium yang kosong," kata pemain berusia 30 tahun itu.

"Kami tahu ia akan menjadi sukar."

Bekas penyerang Atletico Madrid menunjukkan bahawa dia dan rakan senegaranya 'lupa' bagaimana bermain di dalam stadium yang penuh.

Belum ada pasukan yang beraksi dalam suasana stadium yang penuh sejak Mac 2020 akibat Covid-19 dan sebelum ia sukan itu kembali dimainkan dalam stadium yang tertutup.

Peminat begitu teruja menyaksikan perlawanan buat pertama kali dalam stadium yang penuh.

Hungary adalah satu-satunya stadium yang terbabit dalam saingan Euro membenarkan penonton memenuhi stadium tetapi ramai pendapat di luar yang tidak menyokong pendekatan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Jun 2021 @ 10:38 AM