ISU kontroversi Demiral hangatkan Euro 2024. FOTO AFP
ISU kontroversi Demiral hangatkan Euro 2024. FOTO AFP
AFP

Istanbul: Menteri Belia dan Sukan Turkiye, Osman Askin Bak, mengkritik keras keputusan Kesatuan Bolasepak Eropah (Uefa) selepas mengenakan hukuman penggantungan dua perlawanan ke atas Merih Demiral.

Demiral didapati bersalah selepas meraikan jaringan dengan menunjukkan simbol ultra nasionalisnya semasa perlawanan 16 terakhir Euro 2024.

Isyarat kontroversi yang menyerupai 'serigala' itu menyebabkan Demiral tidak dapat beraksi dalam perlawanan suku akhir Turkiye menentang Belanda.

"Kami mengutuk keputusan Uefa yang tidak adil dan berat sebelah, yang kami anggap tidak mempunyai asas undang-undang dan semata-mata bersifat politik," katanya di X.

Kerajaan Turkiye dengan tegas menentang tindakan Uefa itu, dengan menganggapnya tidak adil dan tidak berasas.

Ketiadaan Demiral kerana hukuman ini membangkitkan kontroversi dan perdebatan mengenai penafsiran serta implikasi isyarat semasa acara sukan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Julai 2024 @ 9:23 PM