Boon Heong (kiri) menyerahkan kotak mochi kepada Najib.
Boon Heong (kiri) menyerahkan kotak mochi kepada Najib.
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Nama bekas jaguh beregu lelaki negara, Tan Boon Heong semakin popular sejak kemunculannya menjadi tetamu di kaca televisyen untuk mengulas aksi badminton di Olimpik Tokyo.

Terbaru, juara Seluruh England 2007 dan pemenang pingat emas Sukan Asia 2006 bersama Koo Kien Keat itu sekali lagi mencuri tumpuan pengikutnya di media sosial apabila berkesempatan bertemu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menerusi hantaran terbaru, Najib berkongsi pertemuannya dengan Boon Heong yang hadir menghantar makanan dinamakan mochi.

"Guys, tengok siapa datang. Terhibur kita semua baca post-post (hantaran) dia selalu. Jaguh badminton kita Tan Boon Heong!

"Penghantaran istimewa hari ini. Order sedikit mochi dari Tan. Dia hantar sendiri. Sempat bertukar pandangan sekejap mengenai isu semasa dan perkembangan sukan juga. Terima kasih," kata Najib.

Menerusi satu hantaran yang lain, bekas Perdana Menteri itu berkongsi video pendek perkongsian Boon Heong mengenai perkataan 'ganjiong' atau gementar dalam bahasa Malaysia.

"Saya belajar frasa Bahasa Cina baru jangan ganjiong (nervous)! Trademark Tan Boon Heong ni," katanya.

Boon Heong juga berkongsi pertemuannya dengan Najib di akaun Facebook miliknya.

"Jumpa bossku pagi ini...Terima kasih bosku," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Ogos 2021 @ 5:32 PM