KIEN Keat (kiri) dan Boon Heong  bersaing dengan V Shem dan Wee Kiong untuk  ke Olimpik.
KIEN Keat (kiri) dan Boon Heong bersaing dengan V Shem dan Wee Kiong untuk ke Olimpik.
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Kegagalan mara ke final Terbuka Switzerland mencetuskan rasa kecewa kepada pasangan beregu negara Koo Kien Keat-Tan Boon Heong kerana ia menyukarkan lagi impian mereka untuk layak ke Sukan Olimpik Rio, Ogos ini.

Kien Keat-Boon Heong yang bergerak secara profesional selepas keluar dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tewas kepada pilihan keempat dari Taiwan Lee Sheng Mu-Tsai Chia Hsin 23-21, 17-21, 10-21 pada aksi separuh akhir awal pagi semalam.

“Selepas mara sejauh ini, kami berharap dapat meraih keputusan lebih baik.

“Kami berpeluang untuk mara ke final dan ia akan memberi impak besar kepada peluang untuk beraksi di Sukan Olimpik.

“Tapi di hujung perlawanan, kami sudah berasa keletihan dan hilang fokus,” kata Boon Heong.

Kien Keat-Boon Heong kini bersaing dengan Goh V Shem-Tan Wee Kiong untuk slot ke Sukan Olimpik Rio.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Mac 2016 @ 8:47 AM