Oleh Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Tan Boon Heong mengaku sukar untuk berada dalam ranking lapan terbaik dunia, sekali gus menjamin tempat ke Sukan Olimpik 2016 di Rio, Brazil.

Meskipun temasya sukan terbesar itu hanya akan berlangsung kira-kira dua tahun lagi, dengan kedudukan ranking ke-126 dunia ketika ini, tampak begitu sukar untuk Boon Heong serta gandingannya Hoon Thien How mengejar masa untuk berada dalam kelompok lapan terbaik.

Ditambah faktor kecederaan yang sentiasa menghantuinya serta Thien How sebelum ini, Boon Heong membayangkan mereka perlu bekerja keras jika mahu memenuhi impian beraksi di Sukan Olimpik.

“Sekarang ini pun kami berdua terpaksa beraksi di pusingan kelayakan dalam satu-satu kejohanan. Kemudian kalau dapat masuk ke undian utama, terpaksa pula bertemu lawan yang sukar.”

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 November 2014 @ 5:11 AM