ORANG ramai memindahkan mayat yang ditemui di bawah runtuhan. FOTO AFP
ORANG ramai memindahkan mayat yang ditemui di bawah runtuhan. FOTO AFP
BERNAMA

New Delhi: Maldives akan menyumbang AS$1.29 juta kepada Palestin melalui Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyokong pelarian Palestin.

Wakil tetap Maldives ke PBB, Ali Naseer Mohamed menyampaikan kenyataan ini pada Jumaat.

Sumbangan itu termasuk dana yang dikumpulkan baru-baru ini melalui "telethon" sebagai tanda solidariti dengan rakyat Palestin.

Kerajaan Maldives juga telah meningkatkan sumbangan tahunannya kepada Badan Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) dari US$5,000 kepada US$50,000, menurut duta itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Julai 2024 @ 2:47 PM