MESSI dilaporkan mahu meninggalkan Barcelona. FOTO AFP
MESSI dilaporkan mahu meninggalkan Barcelona. FOTO AFP
Agensi

LIONEL Messi bakal meninggalkan aset yang cukup berharga sekiranya benar dia akan meninggalkan Barcelona.

Bintang berusia 33 tahun itu sudah menyatakan pendiriannya untuk meninggalkan kelab gergasi berkenaan selepas menghabiskan seluruh kariernya di Sepanyol.

Manchester City dan United serta PSG dikatakan berminat untuk mendapatkan Messi dan penyerang berbisa itu dilaporkan sudah mengubungi bekas mentornya, Pep Guardiola mengenai keinginan untuk beraksi bersama City di Liga Perdana Inggeris.

Anda itu berlaku, Messi bakal meninggalkan beberapa aset berharga termasuk rumah yang bernilai £5.5 juta (RM30.2 juta).

Ia terletak di kawasan mewah Castelldefels dan mempunyai pemandangan yang cukup menarik.

Dengan sektor pelancongan cukup mendapat tumpuan di Barcelona, Messi juga melaburkan wang untuk membeli sebuah hotel bernilai £26 juta (RM143 juta).

Hotel MiM Sitges bertaraf empat tingkat itu mempunyai 77 bilik tidur terletak tidak jauh dari Barcelona.

Ia juga menawarkan bilik eksklusif dengan harga yang mahal namun pengunjung pasti berpuas hati kerana pemandangan sekeliling hotel sangat menarik.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Ogos 2020 @ 11:11 PM