POCHETTINO yang dikatakan akan menggantikan Tuchel bakal menyambar Messi dan Depay. FOTO AFP
POCHETTINO yang dikatakan akan menggantikan Tuchel bakal menyambar Messi dan Depay. FOTO AFP
Agensi

Paris: Mauricio Pochettino dijangka menggantikan Thomas Tuchel sebagai pengurus Paris Saint-Germain (PSG) dan spekulasi semakin memuncak bahawa beliau akan membawa pemain baru termasuk Lionel Messi serta Memphis Depay.

Le Parisien percaya kepulangan bekas ketua pasukan PSG itu akan membuka jalan buat juara Perancis itu mendapatkan Messi dari Barcelona.

Selepas Neymar membuka kempen berkenaan, PSG dikaitkan dengan besar-besaran bakal memancing pemain berusia 33 tahun itu.

Messi yang akan tamat kontrak pada Jun tahun depan menjadi idaman buat Pochettino untuk menjalin kerjasama dengan rakan senegaranya itu.

Sementara itu, Mundo Deportivo memetik laporan France Football bahawa Pochettino meletakkan keutamaan untuk menyambar Depar dari Lyon.

Penyerang antarabangsa Belanda itu dikaitkan dengan Barcelona tapi Pengarah Sukan PSG, Leonardo mungkin berminat dengan tawaran perpindahan yang sangat rendah iaitu dijangka sekitar €5 juta (RM27 juta).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Disember 2020 @ 9:42 AM