Sarri memberi arahan kepada Paulo Dybala. FOTO Agensi
Sarri memberi arahan kepada Paulo Dybala. FOTO Agensi
AFP

MAURIZIO Sarri menyeru pemain Juventus supaya tidak hilang tumpuan ketika mereka masih mempunyai peluang kedua untuk meraih gelaran kesembilan berturut-turut Serie A di laman sendiri berdepan Sampdoria.

Juara bertahan itu tewas mengejut 1-2 kepada pasukan bergelut Udinese awal pagi Jumaat lalu seterusnya terlepas gelaran berbaki tiga perlawanan.

"Kami harus terus bertarung dan tidak hilang fokus, kerana semakin hampir tidak memberikan apa-apa.

"Dalam semua perlawanan kami mahu membawa pulang mata walaupun perlu bersaing hingga 2 Ogos untuk melakukannya," kata Sarri.

Tiga perlawanan terakhir Juventus ialah membabitkan Sampdoria, Cagliari dan Roma.

Bekas bos Chelsea dan Napoli itu menyalahkan kelesuan mental dan fizikal ketika pasukannya melepaskan dua gol pada babak kedua menentang Udinese.

"Di Udine kami melakukan kesilapan dalam keinginan kami untuk menyerang," kata pengendali berusia 61 tahun itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Julai 2020 @ 8:11 AM