Maurizio Sarri (kanan) memberi arahan kepada pemain Juventus pada aksi Serie A pagi ini. FOTO AFP
Maurizio Sarri (kanan) memberi arahan kepada pemain Juventus pada aksi Serie A pagi ini. FOTO AFP
AFP

MAURIZIO Sarri menidakkan keraguan terhadapnya dengan memenangi gelaran liga pertama sepanjang 30 tahun kariernya ketika Juventus melebarkan rekod Serie A kepada sembilan gelaran berturut-turut.

Kemenangan 2-0 di tempat sendiri mengatasi Sampdoria itu mengesahkan kejuaraan Scudetto ke-36 buat gergasi Itali itu berbaki dua perlawanan.

Begitupun musim pertama Sarri di Turin akan diadili di Liga Juara-Juara. Juventus ketika ini ketinggalan 0-1 kepada Lyon dan masih perlu bersaing dalam kelompok 16 terakhir.

Ia adalah pencapaian penuh emosi buat jurulatih berusia 61 tahun itu yang membawa Chelsea merangkul trofi Liga Europa musim lalu.

Ketika Sarri meninggalkan London untuk ke utara Itali bagi menggantikan Massimiliano Allegri pada Jun 2019, dia berkata : "Saya tiba dengan keraguan."

Tambahnya : "Saya hanya tahu satu cara untuk berubah iaitu dengan menang selain meyakinkan ketika menghiburkan dan mendapatkan keputusan baik."

Tapi gaya "Sarrism" atau "Sarriball", rentak pantas, gaya permainan memukau yang menaikkan namanya di Napoli dan cuba diterapkan di Turin, hanya dilihat seketika musim ini.

Juventus jarang beraksi hebat dan sering mengecewakan, termasuk tewas pada dua final, Piala Itali dan Piala Super Itali.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Julai 2020 @ 9:11 AM