Maurizio Sarri. FOTO File AFP
Maurizio Sarri. FOTO File AFP
AFP

MAURIZIO Sarri berdepan bekas kelabnya, Napoli dalam aksi final Piala Itali awal pagi Khamis ini, dengan mengintai peluang meraih trofi pertama sebagai jurulatih Juventus sebelum aksi Serie A disambung semula selepas tiga bulan terhenti.

Juventus memburu usaha melebarkan rekod kemenangan gelaran Piala Itali ke-14 berdepan juara lima kali, Napoli di Rome, selepas kemenangan piala empat tahun berturut-turut gergasi Turin itu berakhir musim lalu.

Sarri mengambil tugas di Juventus tahun lalu selepas semusim bersama Chelsea ketika kelab Liga Perdana Inggeris berkenaan memenangi Piala Europa.

Sebelum itu pengendali berusia 61 tahun itu menghabiskan tiga musim di Napoli, bersaing dengan Juventus bagi kejuaraan liga, sebelum dikeluarkan oleh pemilik kelab, Aurelio De Laurentiis.

Sarri mendakwa dia hanya mengetahui bahawa dia di pecat dan digantikan oleh Carlo Ancelotti menerusi televisyen.

De Laurentiis menyelar sikap bekas jurulatihnya itu.

"Dia (Sarri) mengkhianati saya, dia pergi dengan alasan masalah kewangan, memaksa saya untuk berubah dan masih mempunyai baki kontrak dua tahun," De Laurentiis memberitahu Corriere dello Sport.

Kepulangan Sarri ke Stadio San Paolo, Napoli berakhir dengan kekalahan liga, 1-2 pada Januari lalu.

Namun bekas pengurus Chelsea mempunyai satu lagi peluang untuk hanya trofi kedua dalam karier jurulatihnya selama 30 tahun di Stadio Olimpico.

Kemenangan dapat membantu juara bertahan lapan kali Serie A meredakan ketegangan apabila perebutan kejuaraan bersambung minggu depan, dengan Lazio hanya satu mata di belakang pada kedudukan tempat kedua liga.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Jun 2020 @ 11:17 AM