Joshua Cheptegei meraikan kejayaan ketika memenangi Kejohanan Olahraga Dunia baru-baru ini. FOTO File Reuters
Joshua Cheptegei meraikan kejayaan ketika memenangi Kejohanan Olahraga Dunia baru-baru ini. FOTO File Reuters
Agensi

JOSHUA Cheptegei berjaya memecahkan rekod dunia acara larian jalan raya 10 kilometer (km) di Valencia dengan mencatat masa terbaharu 26 minit 38 saat.

Atlet berusia 23 tahun memecah rekod sebelumnya dengan enam saat, yang dilakar pada 2010 oleh pelari Kenya, Leonard Komon.

Pelari dari Uganda, Cheptegei dinobatkan juara 10,000 meter (m) Kejohanan Dunia di Doha pada Oktober lalu, memenangi kejuaraan dunia acara 10km merentas desa di Denmark pada Mac.

Pada 2018, dia berlari dalam masa 41 minit lima saat di Nijmegen, kemudian memecah rekod dunia dalam acara jalan raya 15km di Belanda

Purata kelajuan Cheptegei adalah sekitar dua minit dan 40 saat per kilometer di Valencia, melepasi jarak 5km dalam 13 minit 24 saat.

“Tahun yang cukup memberangsangkan,” katanya. “Sukar untuk saya mempercayainya.

“Saya tahu Valencia akan menjadi laluan yang cukup pantas, antara terpantas dalam dunia. Jadi untuk pencapaian apa yang kami peroleh apabila datang di sini adalah sesuatu yang cukup istimewa.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Disember 2019 @ 11:51 AM