INGEBRIGTSEN ungguli 1,500m di Selesia, Poland. FOTO Reuters
INGEBRIGTSEN ungguli 1,500m di Selesia, Poland. FOTO Reuters
Reuters

Poland: Juara Olimpik dari Norway, Jakob Ingebrigtsen beri 'amaran' menjelang Kejuaran Olahraga Dunia di Budapest bulan depan apabila memecahkan rekod Eropah dalam acara 1,500 meter (m) untuk memenangi pingat emas dalam saingan Liga Berlian, di Silesia, Poland awal pagi tadi.

Ingebrigtsen, 22, menampilkan larian bertenaga untuk sampai terlebih dulu ke garisan penamat menerusi catatan 3 minit 27 saat, sekaligus memadam rekod lama juga miliknya.

Menurutnya, rekod baru Eropah itu semakin hampir dengan rekod dunia milik pelari dari Maghribi, Hicham El Guerrouj dengan 3 minit 26 saat.

Katanya, kejayaan di saingan ini sebagai persediaan terbaik sebelum melangkah ke saingan dunia bulan depan.

"Saya sentiasa memberi tumpuan kepada diri sendiri dalam perlumbaan. Hari ini saya mahukan perlumbaan pantas dan saya mahu berlari di bawah 3 minit 28 saat (rekod Eropah sebelum ini).

"Keputusan ini adalah yang terbaik yang saya raih. Anda tidak boleh sentiasa berfikir tentang rekod.

"Hari ini saya mahukannya, tetapi saya kini akan memberi tumpuan sepenuhnya untuk bersiap sedia untuk Kejohanan Dunia," katanya.

Pelari dari Kenya, Abel Kipsang meraih tempatt kedua dengan catatan 3 minit 29 saat disusuli rakan senegaranya, Timothy Cheruiyot di tempat ketiga.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Julai 2023 @ 11:19 AM