Jaguh Uganda, Joshua Cheptegei memenangi acara 5,000m final di Olimpik Tokyo 2020. FOTO AFP
Jaguh Uganda, Joshua Cheptegei memenangi acara 5,000m final di Olimpik Tokyo 2020. FOTO AFP
AFP

Tokyo: Joshua Cheptegei menebus kekecewaan pingat perak dalam acara 10,000 meter (m) untuk memenangi emas 5,000m di Sukan Olimpik, sekali gus mengikuti jejak juara dua kali, Mo Farah.

Atlet berusia 24 tahun dari Uganda yang juga pemegang rekod dunia dalam jarak itu melakukan catatan 12 minit 58.15 saat.

Wakil Kanada, Mohammed Ahmed memenangi pingat perak dengan catatan 12:58.61 dan atlet Amerika Syarikat, Paul Chelimo memenangi gangsa dengan 12:59.05.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Ogos 2021 @ 9:15 PM