CHRISTIAN Coleman
CHRISTIAN Coleman
Reuters

PELARI pecut Amerika Syarikat Christian Coleman, hanya dibenarkan bertanding di kejohanan olahraga dunia selepas dakwaan melanggar peraturan anti-doping ditarik balik, memberitahu bahawa dia berlari secara ‘bersih’.

Pelari berusia 23 tahun itu mencatat larian terpantas dalam acara 100m tahun ini dan menjadi pilihan untuk menjuarai acara 100m dan 200m dalam kejohanan di Doha.

Dia didakwa Agensi Anti-Doping Amerika Syarikat (USADA) kerana tiga kali gagal memfailkan maklumat dalam tempoh 12 bulan tetapi terlepas daripada penggantungan berkenaan.

“Mesej saya kepada peminat... saya berlari secara bersih. Saya tidak tahu apa nak dikatakan lagi, saya sudah jelaskan situasinya,” kata Coleman.

“Saya tidak mengambil dadah penggalak prestasi. Saya tidak mengambil apa-apa bahan yang dibenarkan atau terlarang.

“Saya hanya bekerja keras dengan bakat dan kebolehan yang diberikan Tuhan dan saya terus melakukannya.”

Coleman didakwa kerana atlet diminta memberitahu pegawai anti-doping di mana mereka boleh dihubungi untuk waktu tertentu secara harian.

Sekiranya penguji tidak dapat menghubungi atlet di lokasi tertentu tiga kali dalam tempoh 12 bulan, mereka dianggap melanggar peraturan anti-doping dan bakal digantung sehingga dua tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 September 2019 @ 11:25 AM