Noah Lyles (tengah) dari Amerika Syarikat memenangi acara 200m lelaki di Kejohanan Olahraga IAAF Liga Diamond, Perancis. FOTO Agensi
Noah Lyles (tengah) dari Amerika Syarikat memenangi acara 200m lelaki di Kejohanan Olahraga IAAF Liga Diamond, Perancis. FOTO Agensi
Agensi

ATLET Amerika, Noah Lyles merakamkan satu lagi pencapaian masa mengagumkan dalam acara 200 meter untuk mencipta kejayaan di Kejohanan Olahraga IAAF Liga Diamond, Paris, awal pagi ini.

Pelari berusia 22 tahun itu, mencipta rekod masa dunia di Lausanne bulan lalu, menamatkan larian 19.65 saat di Stade Charlety.

Juara Dunia dan Eropah dari Turki, Ramil Guliyev menduduki tempat kedua dengan catatan masa 20.01s.

Juara berganda Olimpik dari Jamaica, Elaine Thompson pula memenangi acara 100m wanita.

Lyles mencatat 19.50s di Lausanne pada Julai - empat masa terpantas dalam 200m - untuk melayakkannya berada sebaris dengan rakan senegara dari Amerika, Christian Coleman sebagai berpotensi menyaingi kejayaan pelari pecut lagenda Usain Bolt.

Bagaimanapun, pada Sabtu, Coleman didakwa di bawah syarat anti doping kerana tidak mengikuti tiga ujian dadah.

Agensi Anti-Doping AS mengesahkan atlet berusia 23 tahun dituduh kerana gagal memfailkan maklumat keterangan kedudukannya dengan jelas.

Coleman, yang memegang rekod masa pelari terpantas dengan 9.81s di Liga Diamond, California pada Jun, bersetuju untuk menghadiri mahkamah timbang tara kes berkenaan pada 4 September, dengan keputusan hukuman dijatuhkan sehari kemudian.

Jika didapati bersalah Coleman secara automatik akan berdepan penggantungan selama setahun, terlepas Kejuaraan Dunia di Doha dan Sukan Olimpik di Tokyo tahun depan.

Lyles hanya akan bersaing dalam acara 200m di Doha selain cuba mengambil bahagian dalam dua acara pecut di Olimpik Tokyo.

Elaine Thompson (kiri) dari Jamaica ungguli acara 100m wanita di Kejohanan Olahraga IAAF Liga Diamond, Perancis. FOTO Agensi
Elaine Thompson (kiri) dari Jamaica ungguli acara 100m wanita di Kejohanan Olahraga IAAF Liga Diamond, Perancis. FOTO Agensi

Elaine menduduki tempat pertama dalam acara 100m pecut wanita dengan mencatat masa 10.98s, di depan pelari Ivory Coast, Marie-Josee Ta Lou (11.13) dan wakil Belanda, Dafne Schippers (11.15).

“Ia perlumbaan yang sukar,” akui Elaine. “Masih ada lima minggu untuk ke Doha jadi ia hanya persediaan pada peringkat ini.

“Saya tidak berada dalam prestasi 100 peratus lagi kerana semuanya mengenai Kejuaraan Dunia. Ia amat penting untuk bersaing dalam perlumbaan seperti ini kerana ia saingan yang sengit jadi untuk memperolehi kejayaan adalah sangat hebat.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Ogos 2019 @ 12:24 PM