GATLIN memberi penghormatan kepada Bolt selepas menewaskannya untuk memenangi acara 100 meter. FOTO AFP
GATLIN memberi penghormatan kepada Bolt selepas menewaskannya untuk memenangi acara 100 meter. FOTO AFP
AFP

KEGAGALAN Usain Bolt memulakan lariannya dengan sempurna membolehkan pencabarnya dari Amerika Syarikat Justin Gatlin ‘mencemari’ sambutan perlumbaan 100m terakhir pelari pecut terhebat itu pada kejohanan dunia, hari ini.

Bagainamapun, Gatlin diejek dengan kuat oleh 60,000 penonton di Stadium London di mana kemenangan Bolt ke atasnya pada Sukan Olimpik 2012 dianggap kejayaan ‘kebaikan mengatasi kejahatan’ berdasarkan sejarah lampau pelari AS itu yang dikaitkan dengan doping.

“Ia tidak masuk akal, saya masuk dan mereka bagaikan tidak terkawal,” kata pelari berusia 35 tahun itu yang digantung dua kali akibat doping, yang kedua dari 2006 hingga 2010, memaksanya mengasingkan diri untuk tempoh lama yang dianggapnya membantunya terus kompetitif.

Gatlin terpaksa melayan ejekan penyokong yang kemudiannya bersorak kepada pelari Jamaica itu, malah turut memberi penghormatan kepada pencabarnya.

Gatlin berkata, Bolt memberitahunya: “Anda tidak patut diejek sebegini.”

“Jadi saya terfikir mengenainya dan ia benar-benar memberi inspirasi sepanjang karier saya. Dia seorang yang menakjubkan.”

BOLT (kanan) memeluk Gatlin selepas final 100 meter. FOTO AFP
BOLT (kanan) memeluk Gatlin selepas final 100 meter. FOTO AFP

Sementara itu, Bolt mengadu mengenai blok permulaan pada pusingan pertama dan mengakui terpaksa bekerja keras apabila mendapati dirinya di belakang Coleman.

“Pemulaan ini membunuh saya,” kata Bolt yang terpaksa bertungkus lumus mengejar untuk meraih gangsa di belakang Gatlin dan pemenang pingat perak Christian Coleman.

“Biasanya setiap pusingan akan menjadi mudah tetapi ia tidak menjadi dan itulah yang menyusahkan saya. Saya dapat merasainya.”

“Namun saya turun seperti mana kejohanan lain dan cuba melakukan yang terbaik. Terima kasih atas sokongan. Tidak mungkin saya mengharapkan ini daripada penyokong lain. Merekalah yang mendorong saya melakukan yang terbaik.

“Suasananya begitu menakjubkan. Saya tahu ia akan berlaku. Cuma saya agak kecewa kerana tidak dapat melakukan yang terbaik untuk mereka tetapi kadang kala itulah yang berlaku,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Ogos 2017 @ 8:14 PM