Michael Johnson nyatakan sokongan kepada Sha’Carri Richardson untuk membenarkan atlet itu beraksi di Olimpik. FOTO Agensi
Michael Johnson nyatakan sokongan kepada Sha’Carri Richardson untuk membenarkan atlet itu beraksi di Olimpik. FOTO Agensi
AFP

New York: Bintang sukan Amerika Syarikat yang juga juara Olimpik Michael Johnson ke NFL dan NBA menyatakan sokongan kepada Sha'Carri Richardson selepas dia digantung kerana menggunakan bahan terlarang mengakibatkan kehilangan tempat di Olimpik Tokyo.

Agensi Anti-Doping Amerika Syarikat (USADA) mengumumkan penggantungan satu bulan ke atas Sha'Carri selepas dia diuji positif menggunakan ganja, bahan yang terdapat dalam senarai terlarang anti-doping dunia.

Sha'Carri berkata, dia mengambil dadah itu untuk mengatasi tekanan untuk cuba melayakkan diri ke Olimpik selepas keperitan kehilangan ibu kandungnya yang meninggal dunia.

"Saya tidak tahu mengapa ganja dilarang. Mungkin untuk alasan yang baik. Mungkin juga tidak," tweeted juara dunia empat kali dan dua kali juara Olimpik dalam acara 400m dan juara 200m Olimpik.

"Saya tahu bagaimana rasanya kehilangan ibu bapa. Kesakitan yang tidak dapat digambarkan. Saya dari kejiranan yang sama dengan Sha'Carri. Tempat yang sukar!. Saya harap orang berhenti mengaitkan dengan perkara ini kecuali anda mengetahui sebab kedua-duanya."

Pemain quarterback Kansas City Chiefs Patrick Mahomes, pemain paling bernilai 2020 Super Bowl menulis tweet mengenai hukuman ke atas Sha'Carri: "Ini semua sampah... biarkan dia berlari!"

Sha'Carri yang menjadi pelari wanita keenam terpantas dunia dalam acara 100m, tidak dapat beraksi dalam acara itu.

Richard Sherman, juara Super Bowl bersama Seattle, berkata, dia menyokong Sha'Carri tapi mempersoalkan masyarakat yang menghukumnya kerana masalah peribadi.

"Saya sangat bangga dengan wanita muda ini tapi kecewa sebagai masyarakat.

"Dia berhadapan dengan salah satu masalah besar kehilangan orang tersayang dan tidak dapat ditanggung oleh orang lain ketika berusaha mencapai salah satu impian yang sukar. Sekarang biar dia menjelaskannya."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Julai 2021 @ 11:43 AM