PASUKAN renang China yang dianggotai 30 perenang, memenangi enam pingat di Sukan Tokyo, termasuk tiga emas. FOTO EPA
PASUKAN renang China yang dianggotai 30 perenang, memenangi enam pingat di Sukan Tokyo, termasuk tiga emas. FOTO EPA
Reuters

Miami: Ketua Agensi Anti-Doping Amerika Syarikat (USADA) menuntut penjelasan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) yang mengendalikan kes 23 perenang China didapati positif doping dan menuntut badan induk itu mengenakan tindakan undang-undang.

WADA membalas kritikan dan memberikan penjelasan terperinci mengenai keputusan mereka untuk tidak meneruskan hukuman ke atas perenang berkenaan, yang didapati positif mengambil trimetazidine (TMZ) beberapa bulan sebelum Sukan Olimpik Tokyo.

Kesemua perenang itu terlepas daripada hukuman selepas siasatan pihak berkuasa China menyatakan kesemua mereka terdedah kepada dadah secara tidak sengaja melalui pencemaran.

Semua perenang yang diuji positif itu dilaporkan menginap di hotel yang sama di mana kesan ubat jantung TMZ ditemui di dapur, dewan dan di tempat saliran.

Tiada penjelasan mengenai bagaimana bahan TMZ itu berada di hotel berkenaan.

Pasukan renang China yang dianggotai 30 perenang, memenangi enam pingat di Sukan Tokyo, termasuk tiga emas.

"Ia adalah tragedi untuk atlet yang bersih di seluruh dunia. Mereka sepatutnya dikenakan hukuman dan hilangkan kelayakan sebagai atlet.

"Mereka (WADA) sepatutnya mengenakan hukuman sementara," kata ketua USADA, Travis Tygart kepada Reuters.

"Atlet yang bersih pastinya kecewa kerana sebilangan atlet itu diuji positif namun tiada hukuman dikenakan," tambahnya lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 April 2024 @ 11:04 AM