SEBASTIAN Vettel ketika beraksi di Grand Prix Kanada. FOTO: AFP
SEBASTIAN Vettel ketika beraksi di Grand Prix Kanada. FOTO: AFP
Reuters

SEBASTIAN Vettel meletakkan Ferrari di petak utama Grand Prix Kanada untuk tahun kedua berturut-turut awal pagi tadi, merampas tangga teratas daripada pelumba Mercedes Lewis Hamilton pada saat akhir.

Vettel yang menang daripada petak utama di Kanada tahun lalu untuk menghidupkan kembali harapan Ferrari memiliki harapan yang sama awal pagi esok dengan pendahulu kejuaraan Hamilton, memburu gelaran ketujuh di Montreal, dengan bermula di sebelahnya.

Ini adalah petak pertama pelumba Jerman itu dalam 17 perlumbaan dan ke-56 sepanjang kariernya. Rakan sepasukan Vettel, Charles LeClerc akan bermula di petak ketiga manakala pelumba Renault Daniel Ricciardo menampilkan kejutan untuk cubaan terbaiknya pada sesi kelayakan musim ini.

Pelumba Red Bull Pierre Gasly di petak kelima perlumbaan dan akan bermula sebaris dengan pelumba Mercedes Valtteri Bottas, yang terpaksa berpuas hati di petak keenam selepas keretanya berpusing pada awal sesi terakhir untuk memaksa kereta pelumba Finland itu dibawa ke hentian.

Kepentingan petak pertama itu sungguh dirasai Vettel yang penuh emosi apabila gagal mengawal kegembiraannya dengan menjerit kegembiraan menerusi radio apabila pegawai memberitahunya ‘petak pertama’.

Ia satu sesi kelayakan yang bermakna dan dramatik apabila Hamilton terlebih dahulu mendahului saingan sebelum kedudukannya dipintas Vettel yang menjanjikan saingan sengit awal pagi esok.

“Lonjakan adrenalin saya begitu tinggi, anda tahu perasaannya apabila kereta terus dipandu laju, anda dapat merasai cengkaman dan terus bersaing dalam pusingan itu,” kata Vettel yang akan bermula di petak pertama sejak melakukannya di Hoffenheim tahun lalu.

“Saya gembira dengan 17 perlumbaan sebelumnya, minggu sebelumnya memang agak sukar. Saya benar-benar sukakannya, saya harap dapat melakukannya sekali lagi kerana terlalu seronok.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Jun 2019 @ 4:41 PM