Guardiola (kiri) dalam laluan atasi trofi kejayaan Ferguson dalam dunia bolasepak. FOTO REUTERS
Guardiola (kiri) dalam laluan atasi trofi kejayaan Ferguson dalam dunia bolasepak. FOTO REUTERS
Agensi

PEP Guardiola berada dalam laluan untuk memecahkan semua rekod hebat pengurus berada di depannya dalam dunia kejurulatihan.

Pencapaiannya meraih tiga gelaran domestik semusim bersama Manchester City membolehkannya meraih 27 trofi sejak mula mengendalikan Barcelona pada 2008/09.

Setakat ini, pengendali dari Sepanyol itu sudah menempatkan dirinya dalam kelompok teratas jurulatih terhebat dalam sejarah..

Hanya Sir Alex Ferguson (48), Mircea Lucescu (32) dan Valeriy Lobanovskyi (29) berada di depannya.

Guardiola, berasal dari Catalan mungkin masih jauh ketinggalan, kurang 21 trofi di belakang pengurus dari Scotland itu tetapi berada dalam laluan untuk mencapai angka itu dalam tempoh selama 10 tahun lagi dalam bidang pengurusan bolasepak.

Dengan purata 2.7 gelaran semusim, dia hanya memerlukan lapan musim lagi untuk menyamai dan memintas rekod Ferguson.

Karier yang lebih panjang akan memastikan dia meraih lebih banyak piala kejuaraan dan paling berjaya sepanjang masa tetapi dia tiada perancangan untuk berkecimpung terlalu lama seperti dilakukan oleh bekas pengurus Manchester United itu.

"Saya tidak akan menjadi jurulatih pada usia 60 atau 65," kata Guardiola.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mei 2019 @ 5:46 PM