RONALDO  dan Messi bakal berentap dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.  FOTO Agensi
RONALDO dan Messi bakal berentap dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara. FOTO Agensi
Agensi

London: Pengurus Dynamo Kiev, Mircea Lucescu melancarkan perang psikologi ke atas Cristiano Ronaldo beberapa jam sebelum pertembungan dengan Juventus dalam aksi Liga Juara-Juara pada awal Rabu ini.

Skuad Ukraine itu berada satu kumpulan dengan Juve dan Barcelona selain Ferencvaros musim ini dan Lucescu yang pernah mengendalikan Inter Milan memberi amaran kepada pemainnya apa yang boleh dijangkakan daripada superstar, Ronaldo and Lionel Messi.

Dynamo Kiev akan menentang Juventus dalam aksi pembuka tirai Liga Juara-Juara Kumpulan G.

Lucescu memberitahu pemainnya, Ronaldo memerlukan bantuan setiap orang untuk menyinar manakala Messi boleh bertindak sedirian.

LUCESCU, jurulatih Kiev. FOTO Agensi
LUCESCU, jurulatih Kiev. FOTO Agensi

Lucescu berkata: ''Saya berdepan dengan mereka banyak kali tetapi pemain saya tidak.

"Mereka akan bertemu kedua-duanya tidak lama lagi. Saya akan menerangkan karakter mereka berdua.

''Messi pemain rendah tetapi mampu menguasai ruang sempit kerana kepantasannya, keyakinan, tangkas mengawal bola dan semuanya.

"Ronaldo pemain berbeza kerana dia suka menjaringkan banyak gol, jadi dia perlukan ruang yang besar. Dia perlukan bantuan semua orang, bantuan rakan sepasukan manakala Messi boleh melakukan banyak perkara sendirian.

"Ronaldo boleh bertindak berseorangan dalam kotak penalti atau 20 meter daripada kawasan itu tetapi hanya cuba memanfaatkan peluang dicipta pemain lain dan kemudiannya disempurnakannya.

"Itu sahaja. Mereka berbeza, tetapi kedua-dua pemain ini sangat kuat.''

Selain Lucescu, beberapa pengurus lain seperti Pep Guardiola, Zinedine Zidane dan Jose Mourinho turut mempunyai pandangan berbeza mengenai siapa di antara Ronaldo dan Messi yang lebih layak dianggap pemain terbaik sepanjang zaman.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Oktober 2020 @ 11:15 PM