GUARDIOLA dinobatkan pengurus terbaik buat kali ketiga. -FOTO Reuters
GUARDIOLA dinobatkan pengurus terbaik buat kali ketiga. -FOTO Reuters
Agensi

London: Pengendali Manchester City, Pep Guardiola dinobatkan sebagai Pengurus Terbaik Liga (LMA) musim ini.

Guardiola yang membimbing City merangkul kejuaraan Liga Perdana buat kali ketiga berturut-turut dan kini memburu gelaran treble, memenangi trofi Sir Alex Ferguson buat kali ketiga dan juga dinobatkan sebagai pengurus terbaik Liga Perdana Inggeris.

City akan berdepan Manchester United pada perlawanan akhir Piala FA hari Sabtu ini dan bertemu Inter Milan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

Guardiola sebelum ini memenangi anugerah itu pada 2017-18 dan 2020-21, berkata: "Saya gembira dipilih Pengurus Terbaik Liga Perdana. Ia satu penghormatan yang luar biasa untuk mendapatkan trofinya.

"Saya berada di kelab bola sepak yang luar biasa dan tanpa semua sokongan yang saya miliki sepanjang saya di sini, ini tidak mungkin berlaku."

"Kami berada dalam liga terbaik di dunia dan saya berjanji kepada anda kami akan berada di sana musim depan."

Guardiola, 52, membawa City ke era paling gemilang dalam sejarah kelab dengan memenangi lima gelaran Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun gelaran Liga Juara-Juara Eropah masih belum berjaya dirangkul dan peluang terbaik ialah pada 10 Jun ini apabila Man City bertemu Inter Milan dalam aksi final di Istanbul.

Ketua jurulatih Arsenal, Mikel Arteta, Roberto De Zerbi dari Brighton, Eddie Howe dari Newcastle, pengurus Aston Villa, Unai Emery dan Marco Silva dari Fulham semuanya turut dicalonkan.

Manakala Vincent Kompany yang membimbing Burnley naik ke liga teratas, memenangi anugerah Kejuaraan, menewaskan rakan senegaranya Michael Carrick (Middlesbrough), Paul Heckingbottom (Sheffield United), Rob Edwards (Luton) dan Mark Robins (Coventry), meraih anugerah Pengurus Kejuaraan Sky Bet.

Kompany berkata: "Pemain melakukannya dan kakitangan berusaha keras tanpa henti.

"Saya masih boleh berhubung dengan pemain merasai apa yang mereka lalui. Saya membuat kesilapan dan tidak melihat diri saya sebagai penyebabnya. Anda membuat kesilapan dan belajar. Saya cukup gembira di mana saya berada hari ini."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Mei 2023 @ 12:17 PM