PEMAIN tengah Chelsea  N'Golo Kante tandatangani kontrak baru lima tahun bersama kelab sehingga 2023. FOTO AFP
PEMAIN tengah Chelsea N'Golo Kante tandatangani kontrak baru lima tahun bersama kelab sehingga 2023. FOTO AFP
Agensi

LONDON: Pemain tengah Chelsea N'Golo Kante menandatangani kontrak baru lima tahun bersama kelab sehingga 2023.

Pemain antarabangsa Perancis berusia 27 tahun itu menjaringkan tiga gol dalam 81 penampilan Liga Perdana selepas menyertai Leicester City pada 2016.

Chelsea menjuarai liga dalam musim pertama Kante di Stamford Bridge dan dia dinamakan Pemain Tahunan Terbaik Persatuan Pemain Profesional (PFA).

"Sudah pasti dua tahun yang indah dan saya berharap banyak lagi kejayaan,” katanya.

"Sejak tiba di sini, prestasi saya semakin baik dan saya mencabar diri sendiri dan mendapat impak yang tak terfikir sebelum ini.

"Saya sukakan bandar dan kelab ini dan gembira dapat berada lebih lama.”

Kante memiliki 36 kap bersama Perancis dan menjulang trofi juara Piala Dunia di Russia pada musim panas lalu.

Pengarah Chelsea, Marina Granovskaia berkata: "Ketika dia tiba, kami tahu yang kami telah membuat keputusan tepat dengan mendapatkan pemain istimewa. Dia menarik perhatian kami dengan sikap tidak mudah berputus asa dan tak mementingkan diri sendiri.”

“Di luar padang dia seorang yang berdedikasi dan merendah diri walaupun sudah bergelar juara dunia dan dua kali juara Liga Perdana.”

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 November 2018 @ 8:04 AM