KANTE sedia pimpin Royal Excelsior Virton. FOTO Agensi
KANTE sedia pimpin Royal Excelsior Virton. FOTO Agensi
Reuters

Luxembourg: N'Golo Kante berhijrah ke Arab Saudi bersama Al-Ittihad tetapi dia masih mempunyai hubungan dengan kelab bola sepak di Eropah selepas bersetuju dengan perjanjian membeli pasukan divisyen tiga Belgium, Royal Excelsior Virton.

Kelab itu berkata, bekas pemain tengah Chelsea dan Leicester City itu bersedia untuk mengambil alih pemilikan daripada Flavio Becca mulai esok.

Kelab itu, yang terletak berhampiran sempadan Luxembourg, tidak mendedahkan sebarang butiran kewangan untuk perjanjian itu.

"Flavio jelas sangat gembira kerana dapat menyerahkan kelab kepada N'Golo Kante, pemain berkelas hebat, bukan sahaja dari segi kualiti bola sepak tetapi juga sebagai manusia yang dihormati seluruh dunia," katanya dalam satu kenyataan.

"Flavio menyerahkan sebuah kelab dalam keadaan kewangan yang baik, bebas daripada semua hutang. Lembaga pengarah baharu akan dilantik dalam beberapa hari akan lagi."

Kante meninggalkan Eropah selepas memenangi Liga Perdana Inggeris bersama Leicester dan Chelsea manakala dia juga mengetuai pasukan London itu muncul juara Liga Juara-Juara dan Piala FA.

Pemain berusia 32 tahun itu juga tonggak penting Perancis ketika muncul juara Piala Dunia 2018.

Media Saudi berkata perjanjian Kante dengan Al-Ittihad bernilai €100 juta (RM509 juta) dalam tempoh dua tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Jun 2023 @ 9:02 AM