KANTE kembali kuatkan Chelsea. FOTO Reuters
KANTE kembali kuatkan Chelsea. FOTO Reuters
AFP

London: Pengendali Chelsea, Graham Potter tidak sabar untuk menurunkan N'Golo Kante dalam skuadnya apabila mereka berdepan Everton buat kali pertama sejak mengambil alih The Blues.

Kante diketepikan selama tujuh bulan akibat kecederaan hamstring yang memerlukan pembedahan.

Penampilan terakhir pemain Perancis itu bersama Chelsea adalah sebelum Potter menggantikan Thomas Tuchel sebagai pengurus pada September lalu.

Chelsea amat menantikan kehadiran pemain tengah berusia 31 tahun itu ketika mereka kini menduduki tangga ke-10 Liga Perdana Inggeris (EPL) dan tersingkir awal dalam kedua-dua pertandingan piala domestik di tangan Manchester City.

Tetapi Kante masih boleh memainkan peranan penting bersama Chelsea dalam saingan Liga Juara-Juara apabila mereka akan berdepan Real Madrid di suku akhir.

"Ada peluang untuk dia berada dalam skuad," kata Potter.

"Ia akan menjadi kali pertama yang sangat hebat. Pengurus sebelum saya sangat memuji N'Golo kerana dia adalah pemain terbaik.

"Dia sangat merindui kami. Itu bukan bermakna pemain lain tidak memberikan segala-galanya tetapi N'Golo Kante ialah N'Golo Kante. Seorang pemain terbaik.

"Adalah sesuatu yang hebat apabila kembali. Kami perlu ingat bahawa dia mengalami kecederaan panjang dan kami perlu mengambil langkah seterusnya bagi membantu pemulihannya dalam EPL dan itulah yang kami lakukan."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mac 2023 @ 9:55 AM