STAN WAWRINKA
STAN WAWRINKA
Reuters

SOFIA: Stan Wawrinka, yang kembali ke gelanggang selepas rehat panjang susulan pembedahan lutut mara ke suku akhir Terbuka Sofia selepas menewaskan pencabar dari Slovakia, Martin Klizan 4-6 6-2 6-3, semalam.

Biarpun ketinggalan pada set pertama, juara tiga kali Grand Slam berusia 32 berjaya bangkit dengan pukulan kemas.

Dengan kemenangan itu, Wawrinka bakal bertemu naib juara 2016, Viktor Troicki dari Serbia yang juga mara selepas menewaskan wakil Uzbekistan, Denis Istomin 7-6(4) 1-6 7-6(5).

Dalam satu lagi perlawanan, Marcos Baghdatis mengejutkan pilihan kedua dari perancis, Adrian Mannarino 6-7(4) 6-3 6-1.

Dalam pada itu, pilihan ketiga, Gilles Muller bertungkus lumus sebelum merakam kemenangan ke atas pemain Itali, Andreas Seppi 4-6 7-6(5) 7-6(2) sekali gus mara ke suku akhir kejohanan itu tahun ketiga berturut-turut.

Pemain kidal berusia 34 tahun dari Luxembourg itu berjuang selama dua 35 minit untuk mara.

Muller akan berdepan bintang Romania, Marius Copil, yang turut mara selepas menyingkirkan wakil Slovenia, Blaz Kavcic 6-2 6-2.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Februari 2018 @ 11:56 AM