Lopez raih gelaran kedua di London. FOTO REUTERS
Lopez raih gelaran kedua di London. FOTO REUTERS
Reuters

PEMAIN veteran Sepanyol, Feliciano Lopez memenangi gelaran gelanggang rumput Queen’s Club (Kelab Queen) untuk kali kedua dalam tiga edisi selepas mengenepikan cabaran pemain Perancis, Gilles Simon 6-2 6-7(4) 7-6(2) pada aksi final berkualiti di London, malam ini.

Simon, 34, adalah salah seorang pemain tertua pada saingan final itu tetapi dua pemain veteran terbabit masih berupaya menarik penonton penuh sesak di arena.

Lopez yang beraksi selaku pemain wildcard, dengan ranking menurun ke tangga 113, mensia-siakan mata penamat pada game ke-12 tetapi pukulan voli sensasi membolehkannya mendahului 5-2 sebelum tiebreak dan dia tidak melakukan kesilapan pada kali kedua.

Pukulan Simon terkandas di jaring pada 2-6 dan Lopez mampu meraikan kejayaan gelaran pertamanya sejak kali terakhir melakukannya pada 2017.

“Saya rasa detik terbaik karier saya pada 2017 tetapi ia tidak sebenarnya, ia adalah sekarang,” kata Lopez yang memberi penghargaan kemenangan itu buat bakal isterinya, Sandra Gago yang menyaksikan perlawanan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Jun 2019 @ 12:55 AM