AUSTRALIA mara ke separuh akhir Piala Billie Jean King. FOTO EPA
AUSTRALIA mara ke separuh akhir Piala Billie Jean King. FOTO EPA
Reuters

Glasgow: Australia menjadi pasukan pertama mara ke separuh akhir Piala Billie Jean King selepas mengetepikan Belgium pada dan mereka akan menentang Britain di Glasgow.

Storm Sanders menewaskan Alison van Uytvanck 6-2 6-2 dan Ajla Tomljanovic bangkit daripada tumpas satu set sebelum Elise Mertens menarik diri akibat kecederaan ketika ketinggalan 4-6 6-4 3-0 untuk membolehkan Australia menang buat kali kedua dalam Kumpulan B.

Storm kembali ke gelanggang dan bergandingan dengan Sam Stosur untuk menewaskan Ysaline Bonaventure dan Kirsten Flipkens 6-4 6-3 dan melengkapkan kemenangan bersih Australia.

Britain yang beraksi di Kumpulan C juga menempah tempat separuh akhir.

Alicia Barnett dan Olivia Nicholls mengesahkan kemenangan mengejut 3-0 ke atas Sepanyol dan mereka akan menentang Australia di separuh akhir.

Alicia dan Olivia menewaskan pemain Sepanyol, Aliona Bolsova dan Rebeka Makarova 7-6(5) 6-2.

Heather Watson menewaskan Nuria Parrizas Diaz 6-0 6-2 dan Harriet Dart memperoleh kemenangan mengejut ke atas Paula Badosa 6-3 6-4.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 November 2022 @ 12:56 PM