LEBIH 150 pemilik sertai konvoi ke SIC.
LEBIH 150 pemilik sertai konvoi ke SIC.
Lizam Ridzuan


Kuala Lumpur: Seiring dengan prestasi yang menakjubkan dalam perlumbaan MotoGP, Ducati Malaysia seperti tahun sebelumnya menyediakan pengalaman menonton acara itu dengan aktiviti tersendiri.

Lebih 720 pemilik bukan sahaja dari Malaysia malah rantau Asia Pasifik 'turun' ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) baru-baru ini.

Pemilik dari Singapura, China, Vietnam, Filipina, Brunei dan Hong Kong turut serta untuk menonton perlumbaan dengan lebih dekat dalam ruang korporat yang diberi nama Tribuna Ducati 2023.

PEMILIK Ducati dari rantai Asia Pasifik memeriahkan perlumbaan GP Malaysia.
PEMILIK Ducati dari rantai Asia Pasifik memeriahkan perlumbaan GP Malaysia.

Menambah kemeriahan, lebih 150 pemilik jenama itu turut menyertai kanvoi dari pusat pameran di Petaling Jaya ke Sepang yang berjalan dalam suasana yang lancar dan terkawal.

Antara program lain ialah mereka berpeluang melawat ruang 'paddock' pasukan MotoGP dan sesi ramah mesra bersama pelumba.

Program seperti ini sebagai salah satu cara menghargai pelanggan dan dalam masa sama menambah elemen gaya hidup permotoran untuk pemilik jenama ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 November 2023 @ 10:10 PM