Ini bukan sekadar pengalaman menikmati angin segar menghembuskan nafasnya di wajah. Ini sebenarnya satu cabaran buat diri sendiri.

Oleh itu, beranikah anda ‘menyerahkan diri’ kepada persekitaran yang berada di luar kawalan anda dan menghayati satu pengalaman paling menakjubkan ciptaan manusia dan pengalaman itu tidak akan dilupa sampai bila-bila. Malah, ia mampu mengubah hidup.

Ini adalah intipati Asia Ducati Week (ADW) iaitu jemputan buat Ducatisti untuk hidup, makan dan mimpi Ducati tanpa rasa bersalah.

Tiada acara lain seperti ini, baik lelaki mahupun perempuan, masing-masing menggayakan dengan bangganya kemeja berona merah, hadir bersemangat kerana cinta padu mereka terhadap Ducati.

Sepanjang tiga hari, Ducatisti akan disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik sebelum dibawa menyaksikan secara langsung acara kemuncak perlumbaan 2014 Shell Advance Malaysian Motorcycle Grand Prix. Bermula dengan makan malam dengan pelumba Ducati Corse sehinggalah jemputan menunggang bersama Malaysia Ducati Owners Clubs, diikuti tawaran melihat perlumbaan pra-kelayakan, hadirin bakal menikmati erti sebenar gaya hidup Ducati.

Satu pakej berharga RM450 (USD200 untuk pakej antarabangsa) dan merangkumi sekeping tiket MotoGP Grandstand dengan akses ke Ducati Tribuna, satu kit Ducati Tribune, makan malam bersama pelumba Ducati Moto GP dan akses ke Ducati ADW Village bersama-sama dengan satu kit aluan.

Oleh ituk usah lepaskan peluang ini dan anda kemungkinan besar akan menyesal setiap hari untuk dua tahun sebelum ADW dijangka kembali.

Untuk maklumat lanjut, layari www.ducati.com.my atau hubungi Ducati Centre (KL) di 03-79567799 (sambungan 713) / emel mereka di [email protected]. Anda juga boleh mengikuti mereka di Facebook (http://facebook.com/DucatiMY) dan Twitter (http://twitter.com/Ducati_MY).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Oktober 2014 @ 4:31 PM