ANGGOTA polis wanita membawa beg milik mangsa terakhir. FOTO Ihsan FB PDRM
ANGGOTA polis wanita membawa beg milik mangsa terakhir. FOTO Ihsan FB PDRM
ANGGOTA polis wanita membawa beg milik mangsa terakhir. FOTO Ihsan FB PDRM
ANGGOTA polis wanita membawa beg milik mangsa terakhir. FOTO Ihsan FB PDRM
Muhaamad Hafis Nawawi


Hulu Selangor: Beg watak hero Spiderman yang dipegang salah seorang anggota polis wanita milik mangsa terakhir tanah runtuh di Father's Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, yang dikongsi di laman sosial Facebook PDRM meruntun jiwa orang ramai.

Rata-rata netizen meluahkan perasaan sedih melihat beg itu berada di lokasi kejadian.

Pemilik akaun FB Aila menulis 'sedihnya... usaha terakhir gunakan beg adik Huang untuk bantu K9 kesan bau'.

Rose Mawatie menerusi catatan di FB PDRM pula berkata sedihnya beg itu untuk K9 kenal mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, beg itu dibawa ibu mangsa untuk tujuan pengecaman bau oleh Unit Anjing Pengesan (K9).

Harian Metro hari ini melaporkan penemuan aliran cecair di tebing disyaki cecair mayat oleh pegawai penguasa kanan bomba yang menjalankan kerja operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sektor A berjaya menemui mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di Jalan Genting-Batang Kali di sini, petang tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, mangsa terakhir itu ditemui di tebing kira-kira empat meter dari tapak perkhemahan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Disember 2022 @ 10:57 PM