SITI Bidah dan Siti Ruhana Kadir. FOTO Hussain Jahit
SITI Bidah dan Siti Ruhana Kadir. FOTO Hussain Jahit
Husain Jahit


Makkah: 'Ranting Hati' yang diperkenalkan Unit Kaunseling Tabung Haji di Ibu Pejabat Tabung Haji di Makkah tahun mendapat reaksi positif daripada jemaah haji.

Kaunselor Mohd Najib Harun berkata walaupun kaedah kaunseling secara bersemuka masih penting tetapi kebanyakan jemaah rasa malu untuk berjumpa.

"Atas alasan itu kita perkenalkan Ranting Hati ini tahun ini.

"Ia membolehkan jemaah menulis rasa sebenar isi hati mereka tanpa ada rasa malu, malah ia asli dan ikhlas yang datangnya dari hati mereka sendiri," katanya.

Pesara guru, Siti Ruhana Kadir berkata, setiap individu patut berkongsi apa saja pandangan dan luahan hati kerana berdepan pelbagai cabaran ketika mengerjakan haji, sekali gus membolehkan jemaah bertukar-tukar buah fikiran.

"Ini boleh mendapat penguat semangat untuk diri kita sendiri," katanya.

Sementara rakannya Siti Bidah Saud berkata program seperti ini memang bagus untuk menyuntik semangat kepada jemaah haji terutama menjelang waktu penting nanti di Arafah.

"Mengerjakan haji bukan mudah, ia memerlukan pengorbanan yang tinggi, semangat yang jitu untuk mencapai amal yang terbaik," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mei 2024 @ 12:35 AM